Hari ini saya nak perkenalkan produk MOSHA keluaran syarikat bumiputera muslim KOPI DAGANG RESOURCES SDN. BHD. yang berpengkalan di Taman Sementa, Jalan Kapar, Klang.
Detail produk :
Berat : 1kg
Harga : RM15.00 (3 in 1) RM13.90 (Ori)
Call/Sms 0139334171 atau Whatsapp 0136828616
Friday, January 9, 2015
Akhirnya... ianya sudah bermula... economic recession...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya bukan pakar ekonomi. Saya bukan lecturer ekonomi. Malah bukan guru ekonomi. Tapi saya amat berminat tentang keadaan ekonomi yang berlaku di sekeliling saya.
Dalam entri sebelum ini, saya ada katakan, kita mesti beringat. Harinya pasti datang, cycle ekonomi pasti berulang. Kadang-kadang ekonomi kita bagus, kadang-kadang tak bagus. Dan apa yang saya bagi ingatan sebelum ini rupa-rupanya, sedang dan akan berlaku.
Baru-baru ini, pakar penganalisis ekonomi negara, Profesor Dr. Hoo Ke Ping meramalkan dan memberi amaran kepada semua golongan muda dan rakyat Malaysia, Malaysia akan melalui keadaan kegawatan ekonomi yang sangat teruk dan yang sangat dahsyat. Ini disebabkan oleh signal-signal yang ditunjukkan pada suku ketiga tahun 2014.
Antara perkara-perkara itu ialah :
a) Harga rumah yang sebelum ini kita ketahui sentiasa naik setiap tahun, sekarang mula tidak bergerak atau bergerak sangat perlahan.
b) Matawang Ringgit Malaysia yang terus jatuh berbanding Dollar Amerika.
c) Bursa Malaysia yang terus merosot
d) Harga minyak dunia terus menurun, sekarang US$51 satu tong yang mengakibatkan
e) PETRONAS mengalami kemerosotan pendapatan yang mengakibatkan
f) Pendapatan negara turun 20%-30%
g) Bajet negara yang tersasar dek kerana menganggap harga minyak dunia pada US$110 satu tong
h) Harga sawit menurun dan mengakibatkan eksport sawit ke luar negara merosot
i) Jumlah hutang isi rumah di Malaysia bernilai RM854.3 billion
j) Hutang negara yang tinggi
Saya terfikir sejenak, bagaimana perkara-perkara di atas bermula? Negara kita mempunyai ramai pakar-pakar ekonomi. Tidakkah mereka dapat mengesan awal daripada perkara ini berlaku? Jika mereka dapat mengesan signal-signal ini awal, negara kita tidak mungkin akan dilanda krisis ekonomi yang sebegitu teruk.
Saya bukan hendak menuding jari. Cuma bertanya. Begitu juga kepada pemimpin negara. Mereka yang berkuasa sudah tentu dapat merasai atau dapat menduga bahang ekonomi negara atau ekonomi dunia. A good leader can foresee the future bak kata orang putih. Bajet yang dibentangkan dan disokong dan diluluskan mesti bersumberkan keadaan ekonomi dahulu, kini dan akan datang. Tidakkah begitu?
Setiap dasar atau idea yang dibuat baik diperingkat mana sekali pun adakah benar-benar bukan satu projek yang membazir dan boros? Kerajaan seharusnya berpada-pada daripada membuat projek-projek pembangunan, yang kosnya jutaan ringgit tetapi tidak bermanfaat kepada rakyat atau negara.
Justeru itu, kepada para pemimpin negara, dari sebesar-besar pemimpin hingga ke pemimpin akar umbi, janganlah lagi membuang duit. Apatah lagi projek yang sebenarnya membuang duit tetapi diputar belit dengan mengatakan ianya satu projek yang wajar.
Kepada rakyat pula, kerajaan sudah sediakan prasarana sama ada taman-taman awam, tandas-tandas awam, kemudahan-kemudahan awam, sama-sama lah kita jaga kebersihan dan tidak rosakkannya kerana kos pembaikan itu juga adalah satu pembaziran.
Hutang adalah sesuatu yang sangat bahaya jika tak tahu bagaimana ditangani. Berhutang memang senang. Membayarnya adalah perit. Rakyat Malaysia suka berhutang kerana menganggap ianya suatu kebiasaan. Hutang itu biasa. Nah.... tengok sekarang? Hutang rakyat Malaysia antara tertinggi di Asia! Tahniah! Dan itu juga menyumbang juga kepada sakitnya keadaan ekonomi dalam negara.
Simpanan? Agak-agaknya rakyat Malaysia yang kira-kira 30 juta orang, purata simpanan berapa RM? Kalau kita pecahkan rakyat Malayisa kepada 3 kategori, miskin, sederhana dan kaya. Purata untuk ketiga-tiga kategori tersebut berapa RM simpanan? Atau hutang melebihi simpanan? Orang-orang tua kita dahulu pernah berperibahasa, 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'. Mengapa kita tak ikut?
Semua orang terlibat dalam meningkatkan ekonomi kita. Apa yang penting sekarang ialah kesedaran dan pelajari ilmu-ilmu berkaitan. Baru lah kita akan mendapat cahaya dalam kegelapan. Tak kira siapa kita adalkan kita ada kad pengenalan warganegara Malaysia mesti memainkan peranan untuk menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.
Sekian, sama-sama untuk kita fikirkan.
-GROWRICH 2015-

Subscribe to:
Posts (Atom)