Thursday, December 4, 2014

Jangan Terlalu Leka, Cycle Ekonomi Pasti Tiba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana masih sudi melayari blog saya ini. Intention saya untuk memulakan blog i-hijrah shoppe ini memanglah untuk memberi khidmat dalam penjualan dan pengedaran produk-produk keluaran bumiputera muslim untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, produk yang berkualiti serta confirm halalan thoyyiban.

Dalam entri kali ini, saya nak kongsikan perkara yang mungkin tuan dan cik puan sudah tahu, atau mungkin telah lupa kerana mengejar impian masing-masing di atas muka dunia ini.

Hidup ini umpama roda, pernah dengar kan? Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Kadang-kadang kehidupan kita blessed dengan segala kebaikan dan kebahagiaan, dan kadang kala sebaliknya.

Sebenarnya, ekonomi pun akan reflect mcm itu juga. Kadang-kadang o.k. dan kadang kala k.o. Ingat tak economic crash yang berlaku kepada U.S.A pada tahun-tahun 1987-1989? Ia telah menyebabkan negara-negara di dunia mengalami kejatuhan ekonomi yang sama. Ada yang terlalu teruk, dan ada yang tidak terlalu teruk.

Economic recession akan berlaku 10 tahun sekali, dan economic depression akan berlaku 20 tahun sekali. Secara lucunya, untuk faham makna dan beza kedua-duanya, economic recession ialah 'apabila jiran saya dibuang kerja'. Dan economic depression ialah 'apabila jiran saya dan saya pun dibuang kerja.'

Ini bermakna, setiap 10 tahun, pasti ekonomi akan jatuh. Persoalannya ialah, bila next economic recession or depression? Kalau dihitungkan, kemungkinannya akan berlaku pada tahun-tahun 2016-2018. Sekarang, sudah bulan Disember 2014. Tak lama lagi Januari 2015. Dan seterusnya tahun 2016 dan 2017.

Menurut Dr. Azizan Osman, mentor saya, dia meramalkan bahawa tahun hadapan, tahun 2015, rakyat Malaysia akan menghadapi tekanan ekonomi. Kerajaan akan melaksanakan GST. Petrol dan diesel sudah tiada subsidi tetapi telah diapungkan. Dan kedua-duanya akan memberi kesan kepada semua orang. Ingat, semua orang. Tak kira bangsa, agama, kerja apa, tinggal di mana, miskin, kaya, sederhana dan sebagainya.

Alhamdulillah memang benar produk harian kita seperti beras dan sebagainya tidak dikenakan GST. Tapi persoalan saya ialah, bukankah barang-barang lain seperti minyak enjin, tayar, spare part yang digunakan oleh lori-lori yang menghantar beras yang kita makan, dan sebagainya dikenakan GST. Maka syarikat-syarikat sudah tentu akan sedikit sebanyak menaikkan harga-harga mereka. Dan akhirnya, pelanggan yang terpaksa menangung beban.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan, agar bersedialah dari segi ilmu, usaha, side business atau apa sahaja untuk meningkatkan ekonomi dalam rumahtangga kita. Jangan leka untuk berbelanja sahaja tapi teruskan perjuangsn, defend your money!

Sekian.

Saturday, October 11, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Marilah kita mulakan hari kita dengan basmalah. Terima kasih kepada tuan dan cik puan kerana sudi melayari laman blog I-Hijrah Shoppe, Gedung Halal Anda.

Untuk entri kali ini, saya mahu berkongsi kekayaan dan kejayaan kita sebagai seorang muslim berbangsa Melayu. Siapa kata bangsa kita di Malaysia tidak boleh maju, kaya dan berjaya? Semua bangsa boleh dan berhak berjaya. Apa yang penting ialah, kemahuan yang mendalam untuk berjaya, belajar dari mentor yang telah berjaya dan tidak lokek ilmu, dan tindakan demi tindakan yang menghampirkan diri kita dengan kejayaan.

Kemahuan yang mendalam diperlukan oleh seseorang individu teramatlah penting dan merupakan perkara yang paling asas untuk berjaya. Jangan pandang remeh atau rendah terhadap perkara ini. Kemahuan yang mendalam terhadap kejayaan ini ialah perkara dalaman diri yang tak ramai orang ada atau sedar. Kerana kemahuan yang mendalamlah menyebabkan seseorang individu mempunyai daya juang yang luar biasa untuk mereka tidak putus asa dan meneruskan apa yang dirancang sehingga mereka dapat apa yang dicita-citakan.

Perkara kedua ialah dalam pencarian ilmu. Pergilah belajar. Pelajarilah ilmu. Yang paling penting, dengan guru atau mentor yang telah berjaya, yang telah melalui perjalanan kejayaan. Juga, carilah guru atau mentor yang tidak lokek ilmu dan mahu berkongsi kejayaaan.

Dan perkara yang seterusnya ialah tindakan yang berterusan tanpa putus asa. Kadang-kadang bangsa kita lemah bab ini. Kita suka bertangguh dan menangguhkan kerja-kerja yang kita anggap remeh dan senang. Ingatlah, jika kita bertangguh sekarang, maka kita telah menangguhkan kekayaan dan kejayaan kita selama 20 tahun. Jadi, bertindaklah sekarang dan berterusan utk kita berjaya dan kaya 2-5 tahun dari sekarang.

Sekian sahaja. Good Luck.

Sunday, October 5, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya, i-Hijrah Shoppe. Untuk pengetahuan tuan dan cik puan, saya telah pun create page di fb saya dengan nama I-Hijrah Shoppe. Harap tuan dan cik puan sudi lah untuk like ye. Terima kasih yang tidak terhingga.

Well, untuk entry ni, saya nak kongsikan mengapa saya hendak memulakan business seperti ini. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa, i-Hijrah Shoppe ni ialah sebuah Halal Mart. Saya mula involve dan mengenali halal mart ini bila saya move ke Perak pada tahun 2010.

Di Perak ni, especially di kawasan saya bekerja, mereka cukup berminat dengan produk 'orang kita'. So saya pula kebetulan mengenali seorang owner 'orang kita' yang terlibat dengan produk koko.


Gambar di atas merupakan Halal Mart Kohalal yang terletak di Medan Gopeng, suatu ketika dahulu. Saya sangat teruja dan in the future saya ingin menjadi seorang usahawan dalam bidang peruncitan dan supplier halal bumiputera ni.

Bagi saya, ini lah sedikit perjuangan saya untuk meningkatkan ekonomi orang Islam. How?

Pertama - Halal Mart saya menjadi hub atau tempat di mana usahawan-usahawan bumiputera muslim dapat meletakkan dan memperkenalkan produk masing-masing.







Kedua - Halal Mart ni juga akan membantu pelanggan mendapatkan produk-produk keluaran bumiputera muslim dan boleh juga berjimat.




Ketiga - Halal Mart ni juga akan menjadi pembekal kepada Halal-Mart lain atau individu peniaga yang mahu menjalankan perniagaan seperti ini.








Jadi itulah sebab-sebab saya nak run Halal Mart i-Hijrah Shoppe ni. Kawan-kawan dan sedara-mara sama-sama lah kita doakan saya success... :)

Friday, September 26, 2014

Kedai Runcit Yang Beri Ganjaran



Pernah tak kedai runcit yang selalu tuan dan cik puan pegi memberi ganjaran apa-apa kepada anda?

Selain layanan yang baik dan harga barangan yang murah serta kedai yang serba lengkap, kalau dapat ganjaran lain, apa lagi yang anda hendak?

Di Malaysia ni, ada tak kedai yang memberi anda pulangan atas pembelian anda? Memang tiada kan? Well ini lah dia i-Hijrah Shoppe. The first kedai yang buat mcm tu.

Mengapa perlu anda berbelanja di i-Hijrah Shoppe? Ini lah sebabnya :
a) Harga barang yang kompetitif
b) Barangan halal bumiputera muslim
c) Kedai yang serba lengkap, dari penjagaan diri hujung rambut hingga hujung kaki, penjagaan rumah dari depan ke belakang, food and beverages, produk kesihatan, produk kecantikan dan lain-lain lagi.
d) Memberi diskaun 5% dari jumlah pembelian anda.
e) dan beberapa insentif lain.

Apa pendapat anda mengenai konsep kedai begini? Bila dah ada kedai begini, buat apa tuan dan cik puan berbelanja di tempat lain..... betoi kaa?

Thursday, September 25, 2014

SELAMAT DATANG KE I-HIJRAH SHOPPE!

Selamat datang ke i-hijrah shoppe. Portal di mana anda dibayar apabila anda membeli-belah di sini!