Sunday, October 5, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya, i-Hijrah Shoppe. Untuk pengetahuan tuan dan cik puan, saya telah pun create page di fb saya dengan nama I-Hijrah Shoppe. Harap tuan dan cik puan sudi lah untuk like ye. Terima kasih yang tidak terhingga.

Well, untuk entry ni, saya nak kongsikan mengapa saya hendak memulakan business seperti ini. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa, i-Hijrah Shoppe ni ialah sebuah Halal Mart. Saya mula involve dan mengenali halal mart ini bila saya move ke Perak pada tahun 2010.

Di Perak ni, especially di kawasan saya bekerja, mereka cukup berminat dengan produk 'orang kita'. So saya pula kebetulan mengenali seorang owner 'orang kita' yang terlibat dengan produk koko.


Gambar di atas merupakan Halal Mart Kohalal yang terletak di Medan Gopeng, suatu ketika dahulu. Saya sangat teruja dan in the future saya ingin menjadi seorang usahawan dalam bidang peruncitan dan supplier halal bumiputera ni.

Bagi saya, ini lah sedikit perjuangan saya untuk meningkatkan ekonomi orang Islam. How?

Pertama - Halal Mart saya menjadi hub atau tempat di mana usahawan-usahawan bumiputera muslim dapat meletakkan dan memperkenalkan produk masing-masing.







Kedua - Halal Mart ni juga akan membantu pelanggan mendapatkan produk-produk keluaran bumiputera muslim dan boleh juga berjimat.




Ketiga - Halal Mart ni juga akan menjadi pembekal kepada Halal-Mart lain atau individu peniaga yang mahu menjalankan perniagaan seperti ini.








Jadi itulah sebab-sebab saya nak run Halal Mart i-Hijrah Shoppe ni. Kawan-kawan dan sedara-mara sama-sama lah kita doakan saya success... :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.