Saturday, October 11, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Marilah kita mulakan hari kita dengan basmalah. Terima kasih kepada tuan dan cik puan kerana sudi melayari laman blog I-Hijrah Shoppe, Gedung Halal Anda.

Untuk entri kali ini, saya mahu berkongsi kekayaan dan kejayaan kita sebagai seorang muslim berbangsa Melayu. Siapa kata bangsa kita di Malaysia tidak boleh maju, kaya dan berjaya? Semua bangsa boleh dan berhak berjaya. Apa yang penting ialah, kemahuan yang mendalam untuk berjaya, belajar dari mentor yang telah berjaya dan tidak lokek ilmu, dan tindakan demi tindakan yang menghampirkan diri kita dengan kejayaan.

Kemahuan yang mendalam diperlukan oleh seseorang individu teramatlah penting dan merupakan perkara yang paling asas untuk berjaya. Jangan pandang remeh atau rendah terhadap perkara ini. Kemahuan yang mendalam terhadap kejayaan ini ialah perkara dalaman diri yang tak ramai orang ada atau sedar. Kerana kemahuan yang mendalamlah menyebabkan seseorang individu mempunyai daya juang yang luar biasa untuk mereka tidak putus asa dan meneruskan apa yang dirancang sehingga mereka dapat apa yang dicita-citakan.

Perkara kedua ialah dalam pencarian ilmu. Pergilah belajar. Pelajarilah ilmu. Yang paling penting, dengan guru atau mentor yang telah berjaya, yang telah melalui perjalanan kejayaan. Juga, carilah guru atau mentor yang tidak lokek ilmu dan mahu berkongsi kejayaaan.

Dan perkara yang seterusnya ialah tindakan yang berterusan tanpa putus asa. Kadang-kadang bangsa kita lemah bab ini. Kita suka bertangguh dan menangguhkan kerja-kerja yang kita anggap remeh dan senang. Ingatlah, jika kita bertangguh sekarang, maka kita telah menangguhkan kekayaan dan kejayaan kita selama 20 tahun. Jadi, bertindaklah sekarang dan berterusan utk kita berjaya dan kaya 2-5 tahun dari sekarang.

Sekian sahaja. Good Luck.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.