Thursday, December 4, 2014

Jangan Terlalu Leka, Cycle Ekonomi Pasti Tiba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana masih sudi melayari blog saya ini. Intention saya untuk memulakan blog i-hijrah shoppe ini memanglah untuk memberi khidmat dalam penjualan dan pengedaran produk-produk keluaran bumiputera muslim untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, produk yang berkualiti serta confirm halalan thoyyiban.

Dalam entri kali ini, saya nak kongsikan perkara yang mungkin tuan dan cik puan sudah tahu, atau mungkin telah lupa kerana mengejar impian masing-masing di atas muka dunia ini.

Hidup ini umpama roda, pernah dengar kan? Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Kadang-kadang kehidupan kita blessed dengan segala kebaikan dan kebahagiaan, dan kadang kala sebaliknya.

Sebenarnya, ekonomi pun akan reflect mcm itu juga. Kadang-kadang o.k. dan kadang kala k.o. Ingat tak economic crash yang berlaku kepada U.S.A pada tahun-tahun 1987-1989? Ia telah menyebabkan negara-negara di dunia mengalami kejatuhan ekonomi yang sama. Ada yang terlalu teruk, dan ada yang tidak terlalu teruk.

Economic recession akan berlaku 10 tahun sekali, dan economic depression akan berlaku 20 tahun sekali. Secara lucunya, untuk faham makna dan beza kedua-duanya, economic recession ialah 'apabila jiran saya dibuang kerja'. Dan economic depression ialah 'apabila jiran saya dan saya pun dibuang kerja.'

Ini bermakna, setiap 10 tahun, pasti ekonomi akan jatuh. Persoalannya ialah, bila next economic recession or depression? Kalau dihitungkan, kemungkinannya akan berlaku pada tahun-tahun 2016-2018. Sekarang, sudah bulan Disember 2014. Tak lama lagi Januari 2015. Dan seterusnya tahun 2016 dan 2017.

Menurut Dr. Azizan Osman, mentor saya, dia meramalkan bahawa tahun hadapan, tahun 2015, rakyat Malaysia akan menghadapi tekanan ekonomi. Kerajaan akan melaksanakan GST. Petrol dan diesel sudah tiada subsidi tetapi telah diapungkan. Dan kedua-duanya akan memberi kesan kepada semua orang. Ingat, semua orang. Tak kira bangsa, agama, kerja apa, tinggal di mana, miskin, kaya, sederhana dan sebagainya.

Alhamdulillah memang benar produk harian kita seperti beras dan sebagainya tidak dikenakan GST. Tapi persoalan saya ialah, bukankah barang-barang lain seperti minyak enjin, tayar, spare part yang digunakan oleh lori-lori yang menghantar beras yang kita makan, dan sebagainya dikenakan GST. Maka syarikat-syarikat sudah tentu akan sedikit sebanyak menaikkan harga-harga mereka. Dan akhirnya, pelanggan yang terpaksa menangung beban.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan, agar bersedialah dari segi ilmu, usaha, side business atau apa sahaja untuk meningkatkan ekonomi dalam rumahtangga kita. Jangan leka untuk berbelanja sahaja tapi teruskan perjuangsn, defend your money!

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.