Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah agak lama saya tidak menulis. Alhamdulillah, walau pun dengan hidung yang masih tersumbat akibat kurang sihat, saya masih gagahkan diri untuk berada di hadapan computer. Bukan untuk mencuri tulang. Tetapi lebih kepada mengisi masa lapang. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua orang.
Siapa di antara anda yang pernah dengar nama Dr. Azizan Osman? Sila angkat tangan and say 'I'!!! Dia ialah seorang tokoh usahawan, seorang mentor, seorang jutawan yang sudi berkongsi dengan semua orang di Malaysia atau dunia bagaimana hendak memulakan langkah untuk menjadi jutawan.
Walau pun kita sering dengar ada juga manusia yang tidak menyukai beliau, itu terpulang kepada pendirian masing-masing. Ada kata beliau ni penipu, scam dan macam-macam lagi tuduhan yang jahat. Tapi bagi saya, sekali lagi itu terpulang kepada individu tersebut. Hanya beliau, Dr. Azizan Osman, orang yang melabelkan negatif kepada beliau, dan Allah sahaja yang tahu sama ada benar Dr. Azizan Osman ini penipu atau pun tidak.
Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda semua ialah, masih tentang ekonomi tahun 2015. Pada minggu lepas, saya bersama isteri telah menghadiri SKPD 2015 anjuran Richworks, iaitu syarikat milik Dr. Azizan Osman (DAO). Dewan yang telah ditempah memang penuh melimpah. Atas kerusi penuh dengan orang. Lantai pun penuh diduduki oleh orang yang mahu disuntik semangat dan ingin belajar daripada mentor kejayaan no. 1 Asia ini.
Saya bukan nak kongsi dari awal seminar yang kami pergi sehingga selesai, tetapi saya ingin kongsi intipati mengenai ekonomi tahun 2015 ini. Terlalu banyak teori yang kita dengar pasal apa yang berlaku kini. Pelbagai isu dan tragedi yang berlaku sejak tahun 2014 hingga kini. Yang pasti, berkenaan dengan ekonomi, 2015 adalah permulaan bagi economic recession. Cuma saya tak pasti. Adakah economic recession atau economic depression.
Secara sinis, economic recession ialah apabila jiran saya hilang pekerjaan dan economic depression ialah apabila jiran dan saya hilang pekerjaan. Economic recession berlaku 10 tahun sekali dan economic depression berlaku 20 tahun sekali.
Menurut DAO, walau pun ekonomi meruncing, tentu ada peluang yang terhidang. Every problem has an opportunity that awaits. Mereka yang celik, cerdik serta BERANI sahaja yang dapat menghidunya. Saya fikir saya faham apa yang dikatakan oleh DAO. Saya pernah membaca buku Rich Dada Poor Dad yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki (Kiyosaki). Menurut Kiyosaki, rich people spend money when the economy is down and save money when the economy is up. While the poor and middle class buat perkara yang sebaliknya.
Saya teringat pula pada sekitar tahun 1987-1988, jiran sebelah rumah arwah Tok Ayah saya di kampung, sering dikunjung oleh orang-orang yang mahu menjual tanah mereka murah-murah kerana mereka hendak wang untuk dibelanjakan. Pada tahun itu, berlaku economic depression. Ianya memberi kesan juga kepada Amerika Syarikat. Tapi arwah Tok Ayah pun bukanlah orang yang senang, maka mak saya yang disuruh membelinya. Padahal, mak saya baru sahaja mula kerja dengan gomen. Pinjaman peribadi masa itu tak serupa seperti sekarang. Sangat susah dan ketat, dengan interest yang tinggi.
Semua yang berlaku di kampung, dan juga apa yang Kiyosaki tulis dalam bukunya, dan apa yang DAO kongsi dalam seminarnya ada benarnya. It's a realiti. Orang kaya boleh menjadi lebih kaya. Dan orang miskin atau middle class akan kekal sedemikian. Apakah yang membezakan orang kaya dengan golongan yang satu lagi? Jawapannya ialah ilmu, keberanian, siapsiaga dan peluang. Ada empat perkara tu, maka orang macam kita pun dapat memiliki kekayaan untuk zaman-berzaman.
Jadi... jom kita sedut ilmu orang yang kaya dan berjaya?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.