Wednesday, February 11, 2015

Peluang menjana wang di i-hijrah shoppe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Admin i-hijrah shoppe sebenarnya sudah meneliti akta-akta dan undang-undang mengenai Akta Jualan Langsung. Setakat yang admin menelitinya, kita terpaksa menangguh sementara perjalanan bisnes kita. Peluang memang ada, admin memang berniat hendak memberi pulangan kepada pelanggan tegar i-hijrah shoppe. Tetapi apa yang dapat kami janji sekarang ialah potongan automatik 5% terhadap total belian tuan dan cik puan di i-hijrah shoppe.

Langkahnya mudah. Ambil borang secara percuma di mana-mana outlet i-hijrah shoppe dan kembalikannya beserta dengan wang RM10.00 sebagai wang proses. InsyaAllah dalam masa 7 hari, tuan dan cik puan akan mendapat kad privelege i-hijrah shoppe. Setiap swipe kad privelege di kaunter-kaunter bayaran di i-hijrah shoppe, tuan dan cik puan berhak dapat 5% potongan daripada belian dan juga berhak mendapat point. Setiap RM1.00 bersamaan 1 point. Apabila sudah cukup point, maka tuan dan cik puan dapat menebus barang-barang di kaunter penebusan.

Banyak lagi keuntungan yang kami hendak berikan. Tetapi oleh kerana beberapa kekangan, maka niat kami ini terpaksa ditangguhkan. Semoga tuan dan cik puan semua terus membeli belah di i-hijrah shoppe, peneraju halal mart tanah air.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.