Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerana datang melawat laman i-hijrah shoppe. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kita orang muslim mesti meningkatkan tabungan kita. Pada masa yang sama, kita perlu kurangkan keterhutangan kita.
Apabila kita menabung, walau pun sedikit, maka suatu hari nanti ianya akan menjadi banyak, tanpa kita sedar. Itulah datangnya pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Cuba kita tengok di musim sejuk di negara-negara barat. Ketika salji turun, ianya akan turun sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan. Tengoklah apa akan jadi kepada kereta kita, contohnya, pasti akan dilitupi dengan salji yang tebal. Satu kerja pula nak membuang semua salji tersebut.
Tabungan ialah suatu asas yang patut di pegang secara turun-temurun, dari satu generasi ke satu generasi. Tabungan sepatutnya diajar dan ditekankan di dalam setiap keluarga Muslim. Saya minta maaf, saya bukan ustaz. Saya tidak dapat relatekan mana-mana hadis nabi atau ayat Quran pasal tabungan ni. Cuma apa yang saya ketahui, orang yang kaya dan berjaya, lebih-lebih lagi orang bukan Islam, mereka ada consistent tabungan setiap bulan.
Mulalah kita sebagai ibu bapa yang menabung dahulu. Simpanlah secara paksa beberapa amaun yang anda rasa tidak terlalu membebankan. RM10? Takkan tak mampu. Sebaiknya RM100 sebulan tetapi secara konsisten. Dan yang paling penting, JANGAN DIKOREK DUIT ITU pada hujung tahun!!! Walau apapun yang berlaku, walau bagaimana keadaan kewangan yang berlaku, jangan dikorek duit itu. Itulah lubuk emas keluarga kita. Selepas itu, ajarlah dan perturunkanlah ilmu tabungan kepada anak-anak kita mengkikut peringkat umur mereka.
Seterusnya, jika kita mahu kehidupan kita tenteram tanpa ada masalah kewangan yang serius, maka bahagian kedua yang perlu kita kuasai ialah, kurangkan keterhutangan. Seboleh-bolehnya kita mesti didik diri dan keluarga kita bahawa BERHUTANG ITU SALAH!!! Walau pun di luar sana kita ada mendengar good debt dan bad debt, saya khuatir tanpa ilmu yang betul dan tanpa hati yang cekal, maka kita akan terjerumus ke dalam bad debts. Oleh sebab itu, berpeganglah bahawa, berhutang itu tidak boleh.
Kalau anda sudah pun berhutang dengan mana-mana entiti, maka cubalah cari jalan keluar dengan membayar semua hutang-hutang anda. Serius! Anda akan lebih tenang. Hutang-hutang yang dianggap rugi ialah hutang membeli kereta, hutang membeli gajet-gajet, hutang membeli perabot dan perkakasan elektrik. Jika hutang yang kita buat itu akan naik dari segi nilai, maka bolehlah kita consider untuk berhutang. Contohnya rumah, tanah, emas dan sebagainya.
Kesimpulannya, untuk lebih kaya, berjaya dan bahagia, kita mesti tingkatkan tabungan dan kurangkan keterhutangan kita serta perturunkan ilmu itu kepada anak cucu kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.